Pengenalan

Dana Pembangunan dan Pengukuhan Penghasilan Vaksin Negara (DPVN) adalah skim pembiayaan berbentuk geran bagi membiayai penyelidikan berkaitan vaksin yang strategik dan inisiatif top- down dan bottom-up berimpak tinggi kepada negara berdasarkan kepada bidang keutamaan. Garis panduan ini diwujudkan sebagai rujukan kepada semua pemohon bagi projek-projek yang dibiayai di bawah DPVN.

Objektif

Pembiayaan di bawah DPVN adalah untuk menyokong Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin (PPVN) yang merangkumi penyelidikan, teknologi baru, proses, produk inovatif atau nilai tambah kepada teknologi / produk sedia ada yang berimpak tinggi untuk masyarakat, ekonomi dan keprihatinan nasional yang menjadi rujukan utama selain daripada Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) dan Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (DBN2.0).

DPVN bertujuan untuk merapatkan jurang dalam ekosistem pembangunan vaksin bagi membolehkan Malaysia mencapai keupayaan penghasilan vaksin tempatan bagi melengkapkan ekosistem vaksin (end-to end) seperti yang digariskan di dalam PPVN.

Projek-projek di bawah program yang dicadangkan perlu berada sekurang- kurangnya pada TRL 2 hingga TRL 9.

Dana DPVN

Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Syarikat Pemula (start-up)
Syarikat Multinasional (MNC)
Large Companies
Institut Penyelidikan Kerajaan (GRI)
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam & Swasta
Agensi Kerajaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI)
Penemuan vaksin
Kajian pra-klinikal
Kajian klinikal
Proses pembangunan dan ekosistem vaksin

Kuantum
RM 15,000,000.00 (R&D)

RM 30,000,000.00 (Kajian Klinikal)

Tempoh Pembiayaan
36 bulan

TRL
2 – 9

Dana DPVN

Kriteria Kelayakan

1. Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)/ Syarikat Pemula (startup) yang berasaskan/ berkaitan teknologi dan inovasi/ syarikat multinasional (MNC)/ pengajian tinggi/ Agensi STI kerajaan perlu mematuhi syarat di bawah bagi permohonan Dana DPVN:
2. Terbuka kepada Syarikat dan Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) manakala Perniagaan di Sabah dan Sarawak perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan.

Definisi Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana seperti di Jadual 1.

Kategori Perusahaan Kecil Perusahaan Sederhana
Pembuatan Jualan tahunan daripada RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta; atau Jualan tahunan daripada RM15 juta hingga tidak melebihi RM50 juta; atau
Bilangan pekerja sepenuh masa daripada 5 orang hingga kurang daripada 75 orang. Bilangan pekerja sepenuh masa daripada 75 orang hingga tidak melebihi 200 orang.
Perkhidmatan dan Sektor Lain Jualan tahunan daripada RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta; atau Jualan tahunan daripada RM3 juta hingga tidak melebihi RM20 juta; atau

Bilangan pekerja sepenuh masa daripada 30 orang hingga tidak melebihi 75 orang.

Bilangan pekerja sepenuh masa daripada 5 orang hingga kurang daripada 30 orang.
3. Definisi Syarikat Pemula (start-up): A technology- or innovation- enabled business at early stage with a scalable business model and a high-growth strategy.
4. Kriteria kelayakan bagi Syarikat Pemula (start-up) adalah seperti berikut:

  1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
  2. Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (>50%)
  3. Modal berbayar sekurang-kurangnya RM10,000.00
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) pengarah syarikat;
  5. Perniagaan berasaskan/ berkaitan teknologi dan inovasi; dan
  6. Operasi syarikat tidak melebihi 5 tahun.
5. Bagi pemohon daripada kategori syarikat yang mempunyai pemilikan tidak mencapai majoriti warganegara Malaysia (<50%), syarat-syarat tambahan berikut hendaklah dipatuhi, iaitu:

  1. Pemohon mempunyai kelayakan minima dari segi pembuktian konsep (proof of concept, POC) atau prototaip yang telah berfungsi (working prototype);
  2. Syarikat beroperasi di Malaysia; dan
  3. Sekurang-kurangnya 70% pekerja adalah warganegara Malaysia.
6. Bagi permohonan daripada syarikat PKS, Syarikat Multinasional (MNC) dan Large Companies, dana ini ditawarkan secara geran padanan di mana syarikat hendaklah membiayai sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah keseluruhan kos projek.
7. Permohonan projek daripada APP perlu berkolaborasi dengan rakan strategik daripada industri atau pihak-pihak berkepentingan lain untuk tujuan pengkomersialan.
8. Pemohon atau anggota pasukan projek tidak pernah disabitkan atas kegiatan penipuan atau diisytihar bankrap.
9. Syarikat tidak pernah disabitkan atas kegiatan penipuan, diisytihar digulung, dalam pembubaran atau di bawah receivership.
10. Ketua Projek yang terdiri daripada warganegara Malaysia boleh melibatkan ahli projek daripada organisasi antarabangsa atau ekspatriat yang bekerja dari institusi yang sama.
11. Manakala Ketua Projek yang bukan warganegara Malaysia dibenarkan untuk memohon dengan syarat:

  1. permit kerja adalah sah sepanjang tempoh pelaksanaan projek; dan
  2. mestilah mempunyai ahli projek daripada warganegara Malaysia dari institusi yang sama.
12. Ketua Projek hanya dibenarkan mengetuai satu projek sahaja di bawah kelulusan MOSTI pada satu masa.
13. Penyelidik yang bekerja di bawah kontrak Institusi Penyelidikan Kerajaan/ Agensi STI Kerajaan/ Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta/ hendaklah memastikan bahawa kontrak pekerjaan masih sah sepanjang tempoh projek.
14. Pasukan projek harus terdiri daripada ahli yang berkelayakan dan cekap dalam aspek teknikal bagi keseluruhan projek. Setiap ahli pasukan mesti menyediakan resume (curriculum vitae) yang jelas mengenai bidang penyelidikan, pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai.
15. Permohonan projek yang berkaitan dengan penguatkuasaan keselamatan dan pertahanan (polis dan tentera) tidak akan dibiaya di bawah skim ini.
16. Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan beberapa permohonan bagi projek-projek yang berbeza dengan syarat pemohon mempunyai kemampuan dari segi sumber manusia dan kewangan yang kukuh.
17. Projek mestilah dilaksanakan di Malaysia. Sekiranya terdapat keperluan untuk sesuatu aktiviti dilaksanakan di luar negara, Entiti perlu memohon kepada MOSTI beserta justifikasi untuk pertimbangan.
18. Ketua Projek perlu memaklumkan kepada pihak MOSTI sekiranya telah menerima dana daripada pihak-pihak yang lain bagi projek yang sama.

Permohonan

Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan beserta dokumen sokongan seperti Lampiran 3 melalui https://sdb.mosti.gov.my dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Pemohon hendaklah mengisytiharkan bahawa permohonan projek yang dikemukakan tidak pernah dibiayai oleh mana-mana pihak pembiaya.

Permohonan yang dihantar akan disemak oleh MOSTI bagi memastikan permohonan dan dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan memenuhi kelayakan asas permohonan. Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pemohon.

Penilaian

Permohonan yang telah lengkap akan diteliti oleh Jawatankuasa Penilaian Dana (JPD) berdasarkan kriteria seperti Jadual 1.

Pemohon akan dijemput untuk membentangkan cadangan projek kepada JPD. Sekiranya perlu, pemohon akan diminta untuk meminda atau menyemak semula kertas kerja projek bagi tujuan penambahbaikan. Proses pertimbangan wajar (due diligence) akan dilakukan untuk tujuan pengesahan (jika perlu).

Keputusan dan syor JPD akan dibentangkan kepada Jawatankuasa di peringkat MOSTI.

Pemakluman Keputusan

Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui sistem SDB atau e-mel.

Pemohon yang berjaya perlu mengemukakan maklum balas penerimaan atau penolakan tawaran dana melalui sistem SDB atau e-mel.

Keputusan jawatankuasa di peringkat MOSTI adalah MUKTAMAD.

Proses penilaian sehingga pemakluman keputusan akan mengambil masa selama 45 hari selepas penerimaan maklumat lengkap daripada pemohon.