Pengenalan

Malaysia Grand Challenge (MGC) yang disokong oleh dana pembiayaan MOSTI, bagi mengajak masyarakat bersama-sama cuba mengatasi permasalahan serta menambah baik kehidupan masyarakat, sistem ekonomi dan persekitaran sama ada di peringkat nasional mahupun global telah dilancarkan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada 8 Januari 2021. MGC mencari penyelidikan berkualiti dan berimpak tinggi mengikut bidang keutamaan yang telah dikenalpasti melalui kerangka 10-10 MySTIE dan juga 30 Niche Areas yang telah dibangunkan. 10 bidang keutamaan tersebut adalah tenaga, pendidikan, air dan makanan, pertanian dan perhutanan, alam sekitar dan biodiversiti, bandar pintar dan pengangkutan, perubatan dan penjagaan kesihatan, kebudayaan, kesenian dan pelancongan, perkhidmatan perniagaan dan kewangan serta teknologi dan sistem pintar (kejuruteraan dan pembuatan generasi baharu).
Bidang keutamaan ini akan dipadankan dengan 10 pemacu sains dan teknologi (Science & Technolgy Drivers) seperti 5G/6G, blockchain, advance intelligence system dan lain-lain. Penekanan akan diberikan kepada projek berbentuk pembangunan eksperimental yang bersifat praktikal dan spesifik serta memberi ruang kepada inovasi menuju ke tahap yang lebih cepat ke arah pengkomersialan.

Bridging Fund

Syarikat Pemula (start-up)
Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Institut Penyelidikan Kerajaan (GRI)
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam & Swasta
Agensi STI

Kuantum
RM 4,000,000.00

Tempoh Pembiayaan
36 bulan

TRL
7 – 9

Technology Development Fund 1

Syarikat Pemula (start-up)
Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Institut Penyelidikan Kerajaan (GRI)
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam & Swasta
Agensi Sains, Teknologi & Inovasi Kerajaan (STI)

Kuantum
RM 1,000,000.00

Tempoh Pembiayaan
24 bulan

TRL
2 – 4

Technology Development Fund 2

Syarikat Pemula (start-up)
Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Institut Penyelidikan Kerajaan (GRI)
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam & Swasta
Agensi Sains, Teknologi & Inovasi Kerajaan (STI)

Kuantum
RM 3,000,000.00

Tempoh Pembiayaan
36 bulan

TRL
4 – 7

Applied Innovation Fund

Individu
Institusi Penyelidikan Kerajaan (GRI)
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam & Swasta
Agensi STI
Syarikat Pemula (start-up)
Persatuan /Koperasi/ NGO yang Berdaftar
Syarikat Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)

Kuantum
RM 50,000.00
atau
RM 500,000.00

Tempoh Pembiayaan
12-18 bulan

TRL
2 – 9

Strategic Research Fund (SRF-APP)

Large Companies
Syarikat Pemula (start-up)
Syarikat Multinasional (MNC)
Institusi Penyelidikan Kerajaan (GRI)
Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan
Badan Berkanun Persekutuan/Negeri
Syarikat Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam & Swasta

Kuantum
RM 15,000,000.00

Tempoh Pembiayaan
36 bulan

TRL
2 – 9

Applied Innovation Fund

Pengenalan

Inovasi menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Ia boleh terdiri daripada kombinasi, gabungan atau integrasi teknologi yang membawa kepada produk, proses, sistem atau perkhidmatan baharu atau penambahbaikan teknologi sedia ada dengan peningkatan nilai atau pengurangan kos yang lebih baik.

Hasil yang dijangka daripada pembiayaan Dana Applied Innovation (AIF) ini adalah produk, proses, sistem baharu atau hak Harta Intelek (Intellectual Property Right) yang bermanfaat untuk pelanggan, perniagaan dan masyarakat.

Menyedari pentingnya inovasi untuk penjanaan ekonomi (wealth creation) dan kesejahteraan sosial, Kerajaan perlu mendorong idea inovasi dalam mewujudkan masyarakat saintifik dan inovatif.

Objektif

Dana ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan inovator dalam aktiviti inovatif dan mendorong inovasi teknologi produk, proses, sistem atau perkhidmatan baharu yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Kriteria Kelayakan

1. Cadangan projek hendaklah mengandungi elemen inovasi teknologi yang terarah kepada pengkomersialan produk, proses, sistem, atau perkhidmatan inovatif.
2. Projek memfokuskan kepada pembangunan produk, proses, sistem, atau perkhidmatan baru atau sedia ada yang berpotensi untuk dikomersialkan.
3. Ahli pasukan projek hendaklah mengemukakan bukti kecekapan teknikal untuk melaksanakan projek yang dicadangkan. Curriculum Vitae dan dokumen sokongan Ketua Projek dan setiap ahli pasukan projek juga hendaklah dikemukakan.
4. Jika ahli projek adalah daripada institusi yang berlainan, surat kebenaran daripada ketua jabatan hendaklah dikemukakan.
5. Hanya warganegara Malaysia boleh memohon dan mengetuai projek yang dimohon. Bagi bukan warganegara Malaysia daripada manamana organisasi antarabangsa atau ekspatriat yang bekerja di manamana Persatuan/Koperasi/NGO yang berdaftar boleh menyertai projek sebagai ahli pasukan projek.
6. Ketua Projek hanya dibenarkan mengetuai satu projek sahaja di bawah kelulusan MOSTI pada satu-satu masa.
7. Projek mesti dilaksanakan di Malaysia.
8. Semua projek yang dicadangkan digalakkan untuk berkolaborasi dengan pakar/penyelidik daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta atau Institut Penyelidikan Kerajaan (GRI) (bukti dokumen adalah sekurang-kurangnya surat niat (letter of intent) dan lain-lain dokumen yang berkaitan).
9. Pemohon tidak disabitkan dengan kegiatan penipuan atau diisytiharkan muflis.
10. Individu dan persatuan/koperasi/NGO berdaftar perlu mematuhi syarat di bawah bagi permohonan AIF:

i. Pemohon dari kategori persatuan/ koperasi/ NGO hendaklah yang berdaftar/diiktiraf oleh Kerajaan.
ii. Pemohon hendaklah menunjukkan bukti kemampuan kewangan untuk menyokong bahagian kos projek yang tidak dibiayai di bawah geran ini. (Contohnya: Penyata Bank).
iii. Permohonan daripada individu perlu disertakan dengan surat sokongan daripada pengadil. (Pengadil adalah merujuk kepada badan atau individu yang diberi kuasa).
iv. Ketua Projek perlu memaklumkan kepada pihak MOSTI sekiranya telah menerima dana daripada pihak-pihak yang lain bagi projek yang sama.
11. Permohonan yang tidak layak memohon:

i. Kerja, aktiviti dan inisiatif yang berada di bawah bidang kuasa Kementerian, Jabatan atau Agensi.
ii. Cadangan projek sama dengan projek yang sebelum ini diluluskan dan disiapkan.

Strategic Research Fund (SRF-APP)

Pengenalan

Dana Penyelidikan Strategik [Strategic Research Fund (SRF)] adalah satuprogram skim pembiayaan khas yang disediakan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk membiayai penyelidikan dalam bidang yang dikenal pasti memberi impak tinggi kepada negara dan sejajar dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN).

Dana Penyelidikan Strategik adalah merupakan inisiatif top-down untuk membangunkan penyelidikan dan teknologi ke arah meningkatkan daya saing industri di Malaysia melalui bidang-bidang khusus yang ditawarkan oleh MOSTI atau isu strategik kepada negara. Projek penyelidikan dan pembangunan teknologi ini dilaksanakan untuk mengatasi isu strategik nasional seterusnya mendorong Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Penyelidikan dan pembangunan teknologi adalah sejajar dengan inisiatif semasa Kerajaan.

Objektif

Dana Penyelidikan Strategik (SRF) adalah untuk pembangunan Science, Technology, Innovation dan Economy (STIE) yang merangkumi penyelidikan, teknologi baru, proses, produk inovatif atau nilai tambah kepada teknologi / produk sedia ada yang berimpak tinggi untuk masyarakat, ekonomi dan keprihatinan nasional seperti yang digariskan dalam DSTIN.

Kriteria Kelayakan

1. Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Syarikat Pemula perlu mematuhi syarat di bawah bagi permohonan Dana SRF:

Terbuka kepada Syarikat dan Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) manakala Perniagaan di Sabah dan Sarawak perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan.
2. Kriteria kelayakan bagi Syarikat Pemula (start-up) adalah seperti berikut:

i. Berdaftar dengan Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM);
ii. Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (>50%);
iii. Modal berbayar sekurang-kurangnya RM10,000.00;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) pengarah syarikat;
v. Perniagaan berasaskan teknologi; dan
vi. Operasi syarikat tidak melebihi 5 tahun.
3. Bagi pemohon daripada kategori syarikat yang mempunyai pemilikan tidak mencapai majoriti warganegara Malaysia (<50%), syarat-syarat tambahan berikut hendaklah dipatuhi, iaitu:

i. Pemohon mempunyai kelayakan minima dari segi pembuktian konsep (proof of concept, POC) atau prototaip yang telah berfungsi (working prototype),
ii. Syarikat beroperasi di Malaysia; dan
iii. Sekurang-kurangnya 70% pekerja adalah warganegara Malaysia.
4. Bagi permohonan daripada syarikat selain Syarikat Pemula (start-up), dana ini ditawarkan secara geran padanan berdasarkan merit berikut:

i. Sekiranya syarikat membiayai sebahagian dana dalam bentuk pulangan in-kind (contohnya nilai setara peralatan, kemudahan dan perkhidmatan) sehingga 50% daripada jumlah kos permohonan,
ii. MOSTI akan membiaya jumlah sehingga 70% daripada keseluruhan kos projek yang dimohon; atau
iii. Sekiranya syarikat membiayai sebahagian dana dalam bentuk pulangan tunai, MOSTI akan membiaya sehingga 90% daripada keseluruhan kos projek yang dimohon.
5. Pemohon daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta hendaklah berkolaborasi dengan syarikat daripada industri di Malaysia.
6. Manakala Institusi Penyelidikan Kerajaan/Agensi STI Kerajaan digalakkan untuk bekerjasama dengan Syarikat Pemula/Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)/Syarikat Multinasional (MNC) atau sebaliknya.
7. Pemohon atau anggota pasukan projek tidak pernah disabitkan atas kegiatan penipuan atau diisytihar bankrap.
8. Syarikat tidak pernah disabitkan atas kegiatan penipuan, diisytihar digulung, dalam pembubaran atau di bawah receivership.
9. Ketua Projek yang terdiri daripada warganegara Malaysia boleh melibatkan ahli projek daripada organisasi antarabangsa atau ekspatriat yang bekerja dari institusi yang sama.
10. Manakala Ketua Projek yang bukan warganegara Malaysia dibenarkan untuk memohon dengan syarat:

i. Permit kerja adalah sah sepanjang tempoh pelaksanaan projek; dan
ii. Mestilah mempunyai ahli projek daripada warganegara Malaysia dari institusi yang sama.
11. Ketua Projek hanya dibenarkan mengetuai satu projek sahaja di bawah kelulusan MOSTI pada satu masa.
12. Penyelidik yang bekerja di bawah kontrak Institusi Penyelidikan Kerajaan/Agensi STI Kerajaan/ Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta hendaklah memastikan bahawa kontrak pekerjaan masih sah sepanjang tempoh projek.
13. Pasukan projek harus terdiri daripada ahli yang berkelayakan dan cekap dalam aspek teknikal bagi keseluruhan projek. Setiap ahli pasukan mesti menyediakan resume (curriculum vitae) yang jelas mengenai bidang penyelidikan, pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai.
14. Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan beberapa permohonan bagi projek-projek yang berbeza dengan syarat pemohon mempunyai kemampuan dari segi sumber manusia dan kewangan yang kukuh.
15. Projek mestilah dilaksanakan di Malaysia.
16. Bagi permohonan projek di bawah bidang keutamaan, projek yang dicadangkan perlu berada pada tahap pra-pengkomersialan dengan sekurang-kurangnya mempunyai pembuktian konsep (proof of concept) atau prototaip yang telah berfungsi (working prototype).
17. Ketua Projek perlu memaklumkan kepada pihak MOSTI sekiranya telah menerima dana daripada pihak-pihak yang lain bagi projek yang sama.

Technology Development Fund 1

Pengenalan

Dana Pembangunan Teknologi 1 (TED1) terbuka kepada penyelidik dan syarikat yang berminat untuk melaksanakan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan proses dan produk baharu dalam bidang yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan. Projek R&D tersebut hendaklah berpotensi dalam menyelesaikan permasalahan di peringkat nasional secara lestari dan holistik.

Projek yang dicadangkan hendaklah sekurang-kurangnya pada tahap formulasi konsep; iaitu pelan atau reka bentuk penghasilan teknologi, proses atau produk baru yang berpotensi untuk dikomersialkan. Hasil projek adalah teknologi prototaip baharu, proses atau produk yang nilainya dapat dihasilkan untuk pelanggan, industri dan masyarakat.

Objektif

Tujuan Dana Pembangunan Teknologi 1 (TED1) adalah untuk:

Membangunkan konsep sedia ada yang berkaitan dengan reka bentuk teknologi, proses atau produk yang berpotensi untuk dikomersialkan; dan
Merangsang pertumbuhan penyelidikan dan pembangunan teknologi dalam kalangan Institut Penyelidikan Kerajaan, Agensi STI, Institusi Pengajian Tinggi dan industri.

Kriteria Kelayakan

1. Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) perlu mematuhi syarat berikut:
Terbuka kepada Syarikat dan Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) manakala Perniagaan di Sabah dan Sarawak perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan. PKS juga hendaklah berdaftar dengan badan berkanun bagi penyedia perkhidmatan profesional.
2. Kriteria kelayakan bagi Syarikat Pemula (start-up) adalah seperti berikut:

i. Berdaftar dengan Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM);
ii. Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (>50%);
iii. Modal berbayar sekurang-kurangnya RM10,000.00;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) pengarah syarikat;
v. Perniagaan berasaskan teknologi; dan
vi. Operasi syarikat tidak melebihi 5 tahun.
3. Pemohon digalakkan untuk bekerjasama dengan Syarikat Pemula/ Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau Institusi Penyelidikan Kerajaan/Agensi STI Kerajaan/Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta (bukti dokumen adalah sekurang-kurangnya surat niat (letter of intent) dan lain-lain dokumen yang berkaitan).
4. Semua kategori syarikat hendaklah memiliki minimum 51% ekuiti yang dipegang oleh rakyat Malaysia.
5. Pengarah syarikat atau anggota pasukan projek tidak pernah disabitkan atas kegiatan penipuan atau syarikat diisytihar muflis, atau dalam pembubaran atau di bawah receivership.
6. Ketua Projek yang terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja boleh mengetuai projek tetapi boleh melibatkan ahli projek daripada organisasi antarabangsa atau ekspatriat yang bekerja dari institusi yang sama.
7. Penyelidik yang bekerja di bawah kontrak Institusi Penyelidikan Kerajaan/ Agensi STI Kerajaan/ IPT hendaklah memastikan bahawa kontrak pekerjaan masih sah sepanjang tempoh projek.
8. Ahli pasukan projek harus terdiri daripada ahli yang berkelayakan dan cekap dalam aspek teknikal. Setiap ahli pasukan hendaklah menyediakan resume (curriculum vitae) yang jelas mengenai bidang penyelidikan, pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai.
9. Jika ahli projek adalah daripada institusi yang berlainan, surat kebenaran daripada ketua jabatan hendaklah dikemukakan.
10. Pemohon dibenarkan mengemukakan beberapa permohonan bagi projek- projek yang berbeza dengan syarat pemohon mempunyai kemampuan dari segi sumber manusia dan kewangan yang kukuh.
11. Ketua Projek hanya dibenarkan mengetuai satu projek sahaja di bawah kelulusan MOSTI pada satu masa.
12. Projek mesti dilaksanakan di Malaysia.
13. Projek yang dicadangkan perlu mengandungi elemen pembangunan eksperimental (experimental development) yang boleh di komersialkan.
14. Ketua Projek perlu memaklumkan kepada pihak MOSTI sekiranya telah menerima dana daripada pihak-pihak yang lain bagi projek yang sama.
15. Permohonan projek yang berkaitan dengan penguatkuasaan keselamatan dan pertahanan (polis dan tentera) tidak akan dibiaya di bawah skim ini.
16. Permohonan yang diterima daripada Agensi STI Kerajaan dan GRI bagi penambahbaikan konsep sedia ada iaitu daripada jurnal penerbitan saintifik boleh dipertimbangkan dan projek tersebut hendaklah:

i. Bersifat inovatif;
ii. Ketua projek perlu mengemukakan dokumen pembuktian berhubung pandangan daripada penyelidik asal berkaitan kesesuaian konsep tersebut sebelum mengemukakan permohonan; dan
iii. Pemohon perlu mengemukakan bukti carian harta intelek bagi memastikan teknologi dan inovasi yang hendak dilaksanakan adalah sesuatu yang baharu dan mempunyai nilai komersial.

Technology Development Fund 2

Pengenalan

Dana Pembangunan Teknologi 2 (TED2) terbuka kepada penyelidik dan syarikat yang berminat untuk melaksanakan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan proses dan produk baharu dalam bidang yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan. Projek R&D tersebut hendaklah berpotensi dalam menyelesaikan permasalahan di peringkat nasional secara lestari dan holistik.

Projek yang dicadangkan perlu sekurang-kurangnya mempunyai pembuktian konsep (proof of concept, POC) atau prototaip yang telah berfungsi (working prototype). Projek juga mesti mempunyai reka bentuk yang baik, dibuktikan secara saintifik serta berdaya saing dengan teknologi dan penyelidikan masa kini. Pembiayaan dana bagi teknologi, proses, produk yang berinovatif di peringkat prapengkomersialan tersebut, diharap dapat diterjemahkan kepada output yang dapat dipasarkan seterusnya memacu ekonomi dan memberi faedah kepada masyarakat.

Objektif

Tujuan Dana Pembangunan Teknologi 2 (TED2) adalah untuk:

Membangunkan konsep sedia ada yang berkaitan dengan reka bentuk teknologi, proses atau produk ke arah pengkomersialan bagi mengurangkan jurang kegagalan (valley of death); dan
Merangsang pertumbuhan penyelidikan dan pembangunan teknologi dalam kalangan Institut Penyelidikan Kerajaan, Agensi STI, Institusi Pengajian Tinggi dan industri.

Kriteria Kelayakan

1. Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Syarikat Pemula (start-up) perlu mematuhi syarat di bawah bagi permohonan TED2:

Terbuka kepada Syarikat dan Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) manakala Perniagaan di Sabah dan Sarawak perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan.
Kriteria kelayakan bagi Syarikat Pemula (start-up) adalah seperti berikut:

i. Berdaftar dengan Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM);
ii. Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (>50%);
iii. Modal berbayar sekurang-kurangnya RM10,000.00;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) pengarah syarikat;
v. Perniagaan berasaskan teknologi; dan
vi. Operasi syarikat tidak melebihi 5 tahun.
2. Bagi Syarikat PKS atau Syarikat pemula (start-up), yang pemilikan tidak mencapai majoriti warganegara Malaysia (<50%), syarat-syarat tambahan berikut hendaklah dipatuhi, iaitu:

i. Pemohon mempunyai kelayakan minima dari segi pembuktian konsep (proof of concept, POC) atau prototaip yang telah berfungsi (working prototype),
ii. Syarikat beroperasi di Malaysia; dan
iii. Sekurang-kurangnya 70% pekerja adalah warganegara Malaysia.
3. Bagi permohonan daripada syarikat PKS, dana ini ditawarkan secara geran padanan berdasarkan merit berikut:

i. Sekiranya syarikat membiayai sebahagian dana dalam bentuk pulangan in-kind (contohnya nilai setara peralatan, kemudahan dan perkhidmatan) sehingga 50% daripada jumlah kos permohonan, MOSTI akan membiaya jumlah sehingga 70% daripada keseluruhan kos projek yang dimohon; atau
ii. Sekiranya syarikat membiayai sebahagian dana dalam bentuk pulangan tunai, MOSTI akan membiaya sehingga 90% daripada keseluruhan kos projek yang dimohon.
4. Permohonan daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta hendaklah bekerjasama dengan Syarikat Pemula/Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (bukti dokumen adalah sekurang-kurangnya surat persetujuan (Letter of Acceptance, LoA) dan lain-lain dokumen yang berkaitan).
5. Manakala Institusi Penyelidikan Kerajaan/Agensi STI Kerajaan digalakkan untuk bekerjasama dengan Syarikat Pemula/Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau sebaliknya.
6. Semua pemohon hendaklah berdaftar di Malaysia.
7. Pengarah syarikat atau anggota pasukan projek tidak pernah disabitkan atas kegiatan penipuan atau syarikat diisytihar muflis, atau dalam pembubaran atau di bawah receivership.
8. Ketua Projek yang terdiri daripada warganegara Malaysia boleh melibatkan ahli projek daripada organisasi antarabangsa atau ekspatriat yang bekerja dari institusi yang sama.
9. Ketua Projek yang terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja boleh mengetuai projek tetapi boleh melibatkan ahli projek daripada organisasi antarabangsa atau ekspatriat yang bekerja dari institusi yang sama.
10. Manakala Ketua Projek yang bukan warganegara Malaysia dibenarkan untuk memohon dengan syarat:

i. Permit kerja adalah sah sepanjang tempoh pelaksanaan projek; dan
ii. Ahli projek mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia yang mempunyai bidang kepakaran yang sama dan dari institusi yang sama.
11. Ketua Projek hanya dibenarkan mengetuai satu projek sahaja di bawah kelulusan MOSTI pada satu masa.
12. Penyelidik yang bekerja di bawah kontrak Institusi Penyelidikan Kerajaan/ Agensi STI Kerajaan/ Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta hendaklah memastikan bahawa kontrak pekerjaan masih sah sepanjang tempoh projek.
13. Pasukan projek harus terdiri daripada ahli yang berkelayakan dan cekap dalam aspek teknikal bagi keseluruhan projek. Setiap ahli pasukan hendaklah menyediakan resume (curriculum vitae) yang jelas mengenai bidang penyelidikan, pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai.
14. Jika ahli projek adalah daripada institusi yang berlainan, surat kebenaran daripada ketua jabatan hendaklah dikemukakan.
15. Pemohon dibenarkan mengemukakan beberapa permohonan bagi projekprojek yang berbeza dengan syarat pemohon mempunyai kemampuan dari segi sumber manusia dan kewangan yang kukuh.
16. Projek mesti dilaksanakan di Malaysia kecuali mendapat kelulusan daripada MOSTI.
17. Projek yang dicadangkan perlu mengandungi elemen pembangunan eksperimental (experimental development) yang menghala kepada pengkomersialan.
18. Projek yang dicadangkan perlu berada pada tahap pra-pengkomersialan dengan sekurang-kurangnya mempunyai pembuktian konsep (proof of concept) atau prototaip yang telah berfungsi (working prototype).
19. Ketua Projek perlu memaklumkan kepada pihak MOSTI sekiranya telah menerima dana daripada pihak-pihak yang lain bagi projek yang sama.
20. Permohonan projek yang berkaitan dengan penguatkuasaan keselamatan dan pertahanan (polis dan tentera) tidak akan dibiaya di bawah skim ini.

Bridging Fund

Pengenalan

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan inovasi memainkan peranan penting dalam memajukan Sains & Teknologi dalam ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Pembangunan teknologi, penciptaan produk dan perkhidmatan baharu adalah penting bagi menjana kekayaan dan kesejahteraan masyarakat serta meningkatkan kelebihan daya saing R&D negara.

Menyedari kepentingan R&D dan inovasi, Kerajaan telah memperkenalkan pembiayaan Dana Bridging (BGF) dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) yang berperanan mengatasi jurang pembiayaan yang wujud di antara tahap penyelidikan asas dan pengkomersialan.

Dana ini akan membolehkan hasil penyelidikan atau produk R&D yang telah siap untuk pasaran dapat melepasi pengesahan piawaian dan standard yang ditetapkan oleh badan regulatori tempatan atau antarabangsa. Selain itu, dana ini juga dapat membantu proses up-scaling dan advanced packaging produk yang akan memberi nilai tambah kepada hasil R&D tempatan bagi menembusi pasaran serantau dan antarabangsa.

Objektif

Tujuan Dana Bridging (BGF) dibangunkan adalah untuk:

  • Mengurangkan jurang kegagalan (valley of death) antara fasa pra pengkomersialan kepada pengkomersialan; dan
  • meningkatkan tahap kesediaan (readiness) produk-produk hasil R&Dsupaya dapat menembusi pasaran.

Kriteria Kelayakan

1. Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Syarikat Pemula (start-up) perlu mematuhi syarat di bawah bagi permohonan BGF:

Terbuka kepada Syarikat dan Perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) manakala Perniagaan di Sabah dan Sarawak perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan.
2. Kriteria kelayakan bagi Syarikat Pemula (start-up) adalah seperti berikut:

i. Berdaftar dengan Suruhjaya Syarikat Malaysia (SSM);
ii. Pemilikan majoriti warganegara Malaysia (>50%);
iii. Modal berbayar sekurang-kurangnya RM10,000.00;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) pengarah syarikat;
v. Perniagaan berasaskan teknologi; dan
vi. Operasi syarikat tidak melebihi 5 tahun.
3. Bagi permohonan daripada syarikat PKS, dana ini ditawarkan secara geran padanan berdasarkan merit berikut:

i. Sekiranya syarikat membiayai sebahagian dana dalam bentuk pulangan in-kind (contohnya nilai setara peralatan, kemudahan dan perkhidmatan) sehingga 50% daripada jumlah kos permohonan, MOSTI akan membiaya jumlah sehingga 70% daripada keseluruhan kos projek yang dimohon; atau
ii. Sekiranya syarikat membiayai sebahagian dana dalam bentuk pulangan tunai, MOSTI akan membiaya sehingga 90% daripada keseluruhan kos projek yang dimohon.
4. Pemohon perlu mengemukakan kajian pasaran (market study) berkenaan projek.
5. Semua kategori syarikat hendaklah memiliki minimum 51% ekuiti yang dipegang oleh rakyat Malaysia.
6. Pemohon digalakkan untuk bekerjasama dengan Agensi Kerajaan atau agensi luar yang berkaitan untuk mendapatkan khidmat perunding yang berdaftar dengan badan berkaitan atau kolaborator.
7. Pengarah syarikat atau anggota pasukan projek tidak pernah disabitkan atas kegiatan penipuan atau syarikat diisytihar muflis, atau dalam pembubaran atau di bawah receivership.
8. Ketua Projek yang terdiri daripada warganegara Malaysia boleh melibatkan ahli projek daripada organisasi antarabangsa atau ekspatriat yang bekerja dari institusi yang sama.
9. Ketua Projek hanya dibenarkan mengetuai satu projek sahaja di bawah kelulusan MOSTI pada satu masa.
10. Penyelidik yang bekerja di bawah kontrak Institusi Penyelidikan Kerajaan/Agensi STI Kerajaan/ Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta hendaklah memastikan bahawa kontrak pekerjaan masih sah sepanjang tempoh projek.
11. Pasukan projek harus terdiri daripada ahli yang berkelayakan dan cekap dalam aspek teknikal bagi keseluruhan projek. Setiap ahli pasukan hendaklah menyediakan resume (curriculum vitae) yang jelas mengenai bidang penyelidikan, pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai.
12. Jika ahli projek adalah daripada institusi yang berlainan, surat kebenaran daripada ketua jabatan hendaklah dikemukakan.
13. Pemohon dibenarkan mengemukakan beberapa permohonan bagi projekprojek yang berbeza dengan syarat pemohon mempunyai kemampuan dari segi sumber manusia dan kewangan yang kukuh.
14. Projek mesti dilaksanakan di Malaysia, tetapi sebahagian aktiviti projek boleh dilaksanakan di luar negara dengan mendapat kelulusan daripada MOSTI.
15. Ketua Projek perlu memaklumkan kepada pihak MOSTI sekiranya telah menerima dana daripada pihak-pihak yang lain bagi projek yang sama.
16. Permohonan projek yang berkaitan dengan penguatkuasaan keselamatan dan pertahanan (polis dan tentera) tidak akan dibiaya di bawah skim ini.

Proses Permohonan

Permohonan

Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan beserta dokumen sokongan seperti Lampiran 3 melalui https://sdb.mosti.gov.my dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Pemohon hendaklah mengisytiharkan bahawa permohonan projek yang dikemukakan tidak pernah dibiayai oleh mana-mana pihak pembiaya.

Permohonan yang dihantar akan disemak oleh MOSTI bagi memastikan permohonan dan dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan memenuhi kelayakan asas permohonan. Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pemohon.

Penilaian

Permohonan yang telah lengkap akan diteliti oleh Jawatankuasa Penilaian Dana (JPD) berdasarkan kriteria seperti Jadual 1.

Pemohon akan dijemput untuk membentangkan cadangan projek kepada JPD. Sekiranya perlu, pemohon akan diminta untuk meminda atau menyemak semula kertas kerja projek bagi tujuan penambahbaikan. Proses pertimbangan wajar (due diligence) akan dilakukan untuk tujuan pengesahan (jika perlu).

Keputusan dan syor JPD akan dibentangkan kepada Jawatankuasa di peringkat MOSTI.

Pemakluman Keputusan

Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon melalui sistem SDB atau e-mel.

Pemohon yang berjaya perlu mengemukakan maklum balas penerimaan atau penolakan tawaran dana melalui sistem SDB atau e-mel.

Keputusan jawatankuasa di peringkat MOSTI adalah MUKTAMAD.

Proses penilaian sehingga pemakluman keputusan akan mengambil masa selama 45 hari selepas penerimaan maklumat lengkap daripada pemohon. Aliran proses kerja adalah seperti Rajah 3.