Putrajaya, 8 Januari 2021 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI) hari ini melancarkan Malaysia Grand Challenge (MGC) yang disokong oleh
dana pembiayaan MOSTI, bagi mengajak masyarakat bersama-sama cuba
mengatasi permasalahan serta menambah baik kehidupan masyarakat, sistem
ekonomi dan persekitaran sama ada di peringkat nasional mahupun global.
MGC akan memperkenalkan pelbagai insentif dan langkah kolaboratif melalui
penggunaan teknologi pengganggu (disruptive technology) dalam usaha
mengarusutamakan bidang sains, teknologi dan inovasi, seterusnya menjadikan
Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi.
MGC diperkenalkan untuk menggalakkan aktiviti Penyelidikan, Pembangunan,
Pengkomersialan dan Inovasi (R&D&C&I) negara. Mulai 2021, MOSTI akan
menawarkan pembiayaan dana penyelidikan dan pembangunan di bawah Program
Dana Pemacu Teknologi Strategik (PEMACU) yang diperluaskan kepada para
pemohon dari kalangan syarikat-syarikat pemula (startups) serta perusahaan kecil
dan sederhana (PKS) melalui agensi-agensi di bawah Kementerian.
MGC bakal memberi manfaat dalam perkembangan inovasi, kreativiti dan
kadar pengkomersialan produk tempatan melalui penggunaan teknologi lestari,
seterusnya mengurangkan kebergantungan negara kepada teknologi serta inovasi
luar.
Terdapat lima (5) skim Dana Pembiayaan R&D di bawah Program PEMACU iaitu:
-
-
-
-
-
- Dana Penyelidikan Strategik (SRF);
- Dana Pembangunan Teknologi 1 (TeD1);
- Dana Pembangunan Teknologi 2 (Ted2);
- Dana Bridging (BGF); dan
- Dana Applied Innovation (AIF).
-
-
-
-
Dana pembiayaan penyelidikan dan pembangunan ini akan memantapkan
ekosistem R&D&C&I dalam negara bagi mencapai sasaran 3.5% Perbelanjaan Dalam
Negara Kasar bagi Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030. Dana pembiayaan ini juga turut menyokong
usaha Majlis High-Tech Nation dalam merangka hala tuju teknologi semasa dan masa
hadapan pembangunan negara meliputi isu seperti kesihatan, alam sekitar, makanan,
akses kepada teknologi dan keselamatan.