Potensi

Bengkel Due Diligence merupakan pilar pertama di dalam rantaian aktiviti program Malaysia Commercialisation Year (MCY) dalam mengenal pasti produk dan inovasi berpotensi dikomersialkan untuk diketengahkan dan seterusnya meningkatkan nilai pengkomersialan.

Technology Readiness Level (TRL)

Melalui bengkel ini, intervensi bersesuaian dikenal pasti agar aktiviti pengkomersialan dan fasilitasi yang diperlukan dapat dilaksanakan secara berkesan melalui penanda aras Tahap Kesediaan Teknologi atau dikenali sebagai Technology Readiness Level (TRL).

Kriteria KPI Khas MCY

Kriteria KPI Khas MCY

Bengkel Due Diligence menentukan produk/teknologi/ perkhidmatan hasil R&D dan inovasi tempatan yang menepati kriteria KPI Khas MCY.

Objektif

  • Mengenal pasti tahap kesediaan pengkomersialan produk/teknologi/perkhidmatan hasil R&D yang dibiayai oleh Kerajaan daripada agensi/institusi penyelidikan/ organisasi pembangunan teknologi/universiti;
  • Mengenal pasti jenis intervensi/fasilitasi bagi melonjakkan pengkomersialan hasil R&D yang berkenaan, jika belum bersedia untuk dikomersialkan; dan
  • Mengenal pasti hasil R&D yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan sebelum disenaraikan sebagai KPI Khas MCY bagi dilaporkan kepada pengurusan tertinggi Kementerian dan di peringkat nasional.
Kementerian
Agensi Kerajaan
Institut Pendidikan Tinggi
Institusi Penyelidikan
Syarikat
  • Produk/teknologi/perkhidmatan yang baharu atau telah dinaik taraf (up-scaled) daripada produk/teknologi/ perkhidmatan sedia ada;
  • Hasil jualan yang telah dijana pada tahun semasa atau hasil kumulatif separuh kedua tahun
    sebelum (Julai – Disember);
  • Produk telah dilancarkan pada tahun sebelum atau tahun semasa. Walau bagaimanapun, perjanjian pelesenan mesti ditandatangani pada tahun semasa dan/atau;
  • Royalti diterima adalah daripada jualan yang dibuat pada tahun semasa atau hasil kumulatif separuh kedua tahun sebelumnya (Julai – Disember)
Garis Panduan
Manual Pengguna
Video Manual

Alamat

Bahagian Pemindahan Teknologi & Pengkomersialan R&D (PTK), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Aras 2, Blok C4, Komplek C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya.

Waktu Operasi

Isnin-Khamis: 8.30 am – 5.30 pm
Jumaat: 8.30 am – 12.15 pm / 2.45 pm – 5.30 pm
03 – 8885 8540 / 8355
sekretariatmcy@mosti.gov.my