Penyata Masalah

Kerajaan sentiasa berusaha untuk menambahbaik perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada orang awam agar lebih efisien dan efektif. Antara cabaran yang dikenalpasti adalah:

1) Kompleksiti dalam pengurusan kesihatan kendiri disebabkan oleh kepelbagaian maklumat di alam maya,

2) Kompleksiti pengoperasian harian dalam memberi perkhidmatan kesihatan disebabkan oleh keperluan perkhidmatan yang semakin bertambah, dan

3) Kompleksiti membuat keputusan strategik selari disebabkan oleh kepelbagaian data dan sistem maklumat dari pelbagai sumber

Teknologi AI, seperti Large Language Model (LLM), merupakan salah satu cara untuk mentransformasi sektor kesihatan Malaysia dengan memperkasa kesihatan orang awam melalui pengurusan sistem kesihatan dan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih cekap dan efisien.

Objektif

Membangunkan LLM dalam konteks kesihatan di Malaysia dan aplikasi berasaskan LLM yang memberi manfaat kepada orang awam, penjagaan pesakit, pengurusan sistem kesihatan dan penyelidikan.

Membangunkan LLM menggunakan pelbagai dataset KKM yang berkaitan dengan kesihatan di Malaysia. Selain daripada LLM, penggunaan berpotensi Small Language Model (SLM) boleh dipertimbangkan sebagai satu pilihan untuk pembangunan model klinikal untuk KKM.

GARIS PANDUANPERMOHONAN
Pengumuman
PENGUMUMAN DANA PENYELIDIKAN STRATEGIK


Permohonan nota konsep dibuka bermula 28 Julai 2025 sehingga 10 September 2025