MUAT TURUN SLAID DANA PEMACU 2.0

Pengenalan

PEMACU 2.0 merupakan Dana Pembiayaan R&D oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang bertujuan memartabatkan agenda Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara bagi menyokong pembangunan ekonomi yang mampan dan inklusif, selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030. Inisiatif ini memfokuskan kepada pemecutan pembangunan teknologi strategik ke arah pengkomersialan, serta menjana impak yang signifikan kepada industri dan kesejahteraan masyarakat
Bidang keutamaan ini akan dipadankan dengan 10 pemacu sains dan teknologi (Science & Technolgy Drivers) seperti 5G/6G, blockchain, advance intelligence system dan lain-lain. Penekanan akan diberikan kepada projek berbentuk pembangunan eksperimental yang bersifat praktikal dan spesifik serta memberi ruang kepada inovasi menuju ke tahap yang lebih cepat ke arah pengkomersialan.

Technology Development Fund (TeD)

Large Companies
Syarikat Pemula (start-up)
Syarikat Multinasional (MNC)
Institusi Penyelidikan Kerajaan (GRI)
Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan
Badan Berkanun Persekutuan/Negeri
Syarikat Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam & Swasta

Kuantum
RM 4,000,000.00

Tempoh Pembiayaan
36 bulan

TRL
4 – 7

Strategic Research Fund (SRF)

Syarikat Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
Syarikat Pemula (start-up)
Syarikat Multinasional (MNC)
Large Companies
Institusi Penyelidikan Kerajaan (GRI)
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam & Swasta
Agensi Sains, Teknologi & Inovasi Kerajaan (Agensi STI)

Kuantum
RM 10,000,000.00

Tempoh Pembiayaan
36 bulan

TRL
4 – 7