• Antara contoh bidang keutamaan yang sesuai bagi penyelidik dalam bidang sains sosial adalah seperti kewangan,pendidikan,psikologi atau yang bersesuaian dengan 10-10 bidang keutamaan MOSTI.
    • Social Economic Drivers, Technology Economic Drivers digunakan untuk merujuk kepada bidang keutamaan. Untuk maklumat lanjut berkenaan bidang keutamaan, pemohon boleh merujuk kepada Garis Panduan (GP) di laman web.
    • Bagi pemilikan Harta Intelek, secara umumnya IP adalah hakmilik Kerajaan, walau bagaimanapun penerima dana boleh memohon untuk mendapatkan IP di mana Kerajaan mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk mempertimbangkan permohonan daripada penerima dana.
    • Pemohon boleh merujuk kepada Garis Panduan para 5 di bawah kriteria kelayakan : jika ahli projek daripada IPTA/IPTS masih berstatus kontrak, tempoh perjawatan mestilah sah dalam tempoh perlaksanaan projek yang dipohon.
    • Tidak wajib untuk memohon TeD1 sebelum TeD2.
    • Boleh. Walau bagaimanapun pemohon disarankan untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan antara syarikat tersebut dalam permohonan yang akan dikemukakan.
    • Pemohon Institute of Higher Learning (IHL) adalah dikehendaki bekerjasama dengan pihak industri. Dari segi penglibatan sebagai ahli kolaborasi, perlu mendapatkan kebenaran dari ketua jabatan atau syarikat.
    • Pensyarah dari Universiti adalah boleh untuk memohon secara individu untuk  geran Applied Innovation Fund (AIF) dengan kebenaran jabatan masing-masing.
    • Penyelidik Institute of Higher Learning (IHL)  boleh memohon lebih daripada satu skim Dana R&D selagi penyelidik belum mempunyai komitmen dengan projek yang diluluskan.
    • Permohonan secara individu adalah tidak perlu melalui Research Management Centre  (RMC).
    • Merujuk kepada Garis Panduan (GP) telah menyatakan bahawa pemohon perlu mempunyai kepakaran dalam bidang yang ingin dipohon.
    • Pemohon boleh mengemukakan beberapa permohonan yang ingin dimohon. Walau bagaimanapun Ketua Projek hanya dibenarkan mengetuai satu (1) projek sahaja di bawah geran MOSTI ini.
    • Panel pakar yang dilantik juga layak memohon tetapi tertakluk kelulusan pelantikan oleh MOSTI.
    • Pensyarah berstatus perkhidmatan kontrak boleh memohon geran MOSTI, walau bagaimanapun hendaklah dipastikan kontrak tersebut masih sah semasa permohonan dan sepanjang tempoh projek.
    • Boleh dipertimbangkan dan memerlukan Letter of Acceptance (LOA) untuk permohonan.
    • Permohonan geran dana adalah lebih kepada Fundamental Research yang dibiayai di bawah geran MOSTI.

    • Permohonan yang dikemukakan kepada MOSTI hendaklah dipastikan permohonan lengkap tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan oleh MOSTI. Dalam hal ini, MOSTI tidak melihat ke atas pangkat bagi seorang pemohon atau ketua projek.

    • Kemungkinan besar tidak layak memohon atau kita salurkan kepada dana yang lebih sesuai.

    • Projek sektor pertahanan tidak dibiayai oleh MOSTI.

    • Berdasarkan Garis Panduan (GP) Dana MOSTI, perlu ada elemen sekurang-kurangnya Applied Research.

    • Sekiranya sesebuah syarikat tidak memenuhi kategori ditetapkan oleh MOSTI, berkemungkinan permohonan akan  dimajukan kepada agensi yang berkaitan dan bersesuaian.

    • Micro -credentials untuk memudahkan “student -centered” dan kecenderungan atas permintaan untuk pemerolehan kecekapan dan kemahiran yang khusus, diiktiraf dan diiktiraf yang boleh diakses dengan mudah melalui platform yang boleh dipercayai untuk membangunkan bakat sedia industri.

    • Ketua projek hendaklah memastikan projek-projek sedia ada yang masih aktif telah selesai sebelum memohon dana baharu.

    • Syarikat spin-off boleh memohon di bawah kategori SME atau start-up yang bersesuaian dengan pemohon.

    • Penyelidik hendaklah memastikan tempoh kontrak atau perkhidmatan masih sah sepanjang pelaksanaan projek.

    • Individu yang sedang berkhidmat dengan kerajaan boleh memohon dan hendaklah mengemukakan surat pengesahan daripada majikan untuk semakan Kementerian.

    • Penyelidik boleh memohon sebagai penyelidik di universiti atau sebagai syarikat. Walau bagaimanapun, penyelidik hendaklah memastikan tiada conflict of interest dan bagi mengelakkan perkara sedemikian, penyelidik hendaklah berkolaborasi dengan syarikat lain.

    • Tidak semestinya perlu gelaran Prof./Prof Madya/ Doktor (PHD). Panel akan menilai kepakaran ahli projek dan hendaklah dinyatakan dengan jelas kepakaran setiap ahli dalam Curriculum Vitea (CV).

    • Tiada had bagi jenis syarikat untuk dijadikan kolaborator atau bekerjasama. Pemohon perlu mengemukakan perjanjian di antara pemohon dan syarikat tersebut.

    • Kollaborator hanya perlu kolaborator dengan salah satu sahaja sama ada dengan geran TED 1 atau TED 2     dan mesti mempunyai MOU atau MOA untuk setiap permohonan.

    • Boleh tetapi perlu pastikan kontrak pensyarah itu masih sah sepanjang projek dilaksanakan

    • Komposisi panel penilai terdiri daripada panel akademik, industri dan sektor awam.

    • PKS – Perusahaan Kecil Sederhana

      IHL  –  Institute of Higher Learning

      GRI- Government Research Institutes

    • Pensyarah dalam perkhidmatan kontrak boleh memohon geran MOSTI, walau bagaimanapun hendaklah dipastikan kontrak tersebut masih sah semasa permohonan dan sepanjang tempoh projek itu dijalankan.

    • Merujuk kepada Garis Panduan (GP) adalah tidak menghadkan jumlah syarikat untuk berkerjasama atau berkolaborasi. Jumlah berkerjasama atau berkolaborasi mestilah sekurang-kurangnya satu daripada syarikat/organisasi

    • Permohonan boleh dikemukakan lebih dari satu tetapi kelulusan hanya tertakluk kepada satu projek sahaja.

    • Sekiranya penyelidik adalah salah seorang daripada board director daripada start up company, kolaborasi yang terlibat disarankan daripada universiti yang berbeza untuk mengelakkan conflict of interest. Permohonan adalah digalakkan untuk mempunyai kolaborasi.

    • Pemohon boleh merujuk kepada Garis Panduan (GP) para 5 di bawah kriteria kelayakan iaitu jika ahli projek daripada IPTA/IPTS masih berstatus kontrak, tempoh perjawatan mestilah sah dalam tempoh perlaksanaan projek yang dipohon.

    • Bagi kriteria yang ditetapkan yang berbeza adalah boleh dibiayai oleh Dana.

    • Sekiranya penyelidik adalah salah seorang pengarah syarikat, kolaborasi yang terlibat adalah disarankan daripada universiti yang berbeza untuk mengelakkan sebarang konflik.

    • Definisi SME/Start-up ada dinyatakan di dalam Garis Panduan Dana MOSTI manakala penubuhan koperasi adalah tertakluk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

    • Kepakaran dan bidang permohonan projek projek akan dinilai oleh panel pakar. Penilaian projek melihat aspek dari segi teknikal, komersial, pengurusan projek  termasuklah latar belakang penyelidik – kriteria ini dinilai agar ianya relevan dengan permohonan projek.

    • Definisi SME/Start-up ada dinyatakan di dalam Garis Panduan Dana MOSTI manakala penubuhan koperasi adalah tertakluk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

    • Kepakaran dan bidang permohonan projek projek akan dinilai oleh panel pakar. Penilaian projek melihat aspek dari segi teknikal, komersial, pengurusan projek  termasuklah latar belakang penyelidik – kriteria ini dinilai agar ianya relevan dengan permohonan projek.

    • Bukti bagi projek sebelumnya project yg telah diselesaikan serta pembangunan prototaip yg telah melalui Proof Of Concept (POC) untuk membuat permohonan bergantung kepada jenis dana yang akan dikemukakan.

    • Permohonan hendaklah dikemukakan melalui edana MOSTI.

    • Pemohon boleh mengemukakan borang permohonan yang telah dikemukakan kepada pihak berkuasa yang berkaitan sebagai menyokong permohonan pemohon.

    • Permohonan daripada penyelidik perlu disahkan oleh RMC melalui sistem eDana.

    • Pemohon boleh memohon geran TeD1 atau TeD2. Permohonan geran TeD1 atau TeD2 adalah berbeza  mengikut kepada  Technology Readiness Level (TRL) projek yang ditetapkan.

    • Business Model plan perlu dikemukakan semasa memohon dana TED1.

    • Tiada had ahli projek yang ditetapkan untuk TED1

    • Perbezaaan utama adalah kategori pemohonan iaitu AIF terbuka kepada Individu, Persatuan/ Koperasi/ dan NGO berdaftar manakala untuk TeD1 adalah kepada PKS, start-up, IPTA/IPTS, GRI dan Agensi kerajaan.

    • Pembangunan sesuatu aplikasi juga adalah satu kategori yang dibiayai oleh geran MOSTI.

    • Semua contoh projek yang berjaya boleh didapati melalui laman web eDana

    • Syarikat dikehendaki memberi pembiayaan bagi projek di bawah TeD2, SRF dan BGF.

    • Geran ICF tidak lagi ditawarkan untuk tahun 2021. Penyelidik boleh melayari laman web eDana untuk melihat geran yang sesuai dengan cadangan projek.

    • Semua geran tiada tarikh tutup. Pemohon boleh mengemukakan permohonan sepanjang tahun.

    • Pihak MOSTI telah mengunjurkan dan menetapkan target penerima bagi setiap geran. Namun perkara tersebut tidak boleh dihebahkan kepada umum.

    • Permohonan geran ICF yang telah dihantar pada tahun lepas masih dalam proses penilaian. Hanya permohonan yang diterima pada tahun lepas sahaja akan diproses.

    • Tiada had bilangan kolaborator yang ditetapkan. Namun pemohon hendaklah memastikan kolaborator yang dipilih mempunyai kepakaran dan boleh membantu pelaksanaan projek.

    • Jika syarikat pemula dilantik sebagai rakan kerjasama, dokumen SSM tidak diperlukan. Hanya perlukan kemukakan  (Letter Of Intent) LOI sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk lampiran 3 dalam garis panduan.

    • Surat perjanjian adalah surat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak untuk melaksanakan projek yang dipohon, Kedua-dua pihak perlu menandatangani surat tersebut.

    • ‘Letter Of Agreement’ (LOA) adalah merangkumi peranan kedua-dua belah pihak tertakluk kepada syarat yang dipersetujui, tempoh perjanjian dan implikasi kos sekiranya ada.

    • Permohonan yang dibuka sepanjang tahun dan penilaian juga dibuat sepanjang tahun.

    • Jumlah kuantum maksimum bagi setiap skim dana adalah seperti berikut.

       

      AIF – RM500,000.00

      TeD1 – RM1,000,000.00

      TeD2 – RM3,000,000.00

      BGF – RM4,000,000.00

      SRF – RM15,000,000.00

       

      Tertakluk kepada penilaian dan keputusan MOSTI

    • Dana MOSTI  ini adalah dalam bentuk geran.

    • Output daripada geran adalah merangkumi harta intelek baharu, penghasilan modal insan, penerbitan manakala outcome projek merangkumi peluang pekerjaan, hasil jualan komersial, peningkatan hasil pendapatan & ekonomi.

    • MOSTI tidak meletakkan jumlah dana diperuntukkan bagi setiap skim geran. Dasar dana ini adalah bagi tempoh 5 tahun dalam RMK-12 iaitu bagi tahun 2021 hingga 2025.

    • Bagi skim dana SRF jumlah kuantum pembiayaan adalah adalah sebanyak RM15.0 juta. Sekiranya pemohon daripada PKS atau MNC, geran padanan disediakan. Maklumat lebih lanjut boleh layari laman web eDana.

    • Kelulusan adalah bergantung kepada Penilaian Panel Pakar dan kelulusan itu juga bergantung kepada keputusan Pengurusan Tertinggi MOSTI.

    • Draf perjanjian akan diberikan setelah permohonan projek diluluskan

    • Proses penilaian permohonan mengambil masa selama 45 hari daripada permohonan lengkap diterima oleh pihak MOSTI

    • Tahun ini dijalankan secara berterusan,Penilaian akan dijalankan sebaik sahaja permohonan lengkap diterima.

    • Permohon bebas untuk memohon TeD1 atau TeD2 tanpa mengikut turutan. Permohonan TeD1 atau TeD2 adalah dibezakan mengikut kepada  Technology Readiness Level  (TRL) projek.

    • Setiap permohonan daripada universiti perlu melalui koordinator pengurusan penyelidikan universiti masing-masing.

    • Dana yang memerlukan pitching adalah daripada Dana SRF. Sesi pitching diadakan untuk membuat penilaian awal sebelum pemohon mengemukakan permohonan.

    • Skop pembiayaan TED 1 adalah termasuk ujian pra-klinikal, ujian klinikal, ujian lapangan, ujian tekanan, ujian penerimaan pengguna seperti tertera di Garis Panduan (GP)  yang boleh dicapai di laman web edana.mosti.gov.my

    • Permohonan daripada penyelidik adalah perlu disahkan dan melalui RMC masing-masing.

    • Tempoh masa yang diambil untuk proses adalah selama 45 hari setelah penghantaran dokumen yang lengkap

    • Geran yang ICF dan MOSTI R&D tidak akan dibuka bagi permohonan untuk tahun 2021. Penyelidik perlu menyiapkan projek sedia ada sebelum memohon dana baharu kerana permohonan dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup bagi geran baharu ini.

    • Penilaian dana sebelum ini adalah dilakukan secara kitaran. Namun, sesi penilaian untuk geran dana baharu ini akan dibuat secara berterusan sepanjang tahun. Permohonan dibuka sepanjang tahun. Penilaian akan dilaksanakan setelah menerima permohonan lengkap dari dokumen yang diperlukan. Permohonan lengkap merujuk kepada semakan pentadbiran selesai dijalankan.

    • Penialaian perlu dibuat terlebih dahulu oleh pihak RMC agar permohonan yang dihantar dapat dikenalpasti oleh pihak RMC.

    • Pemohon boleh memuat naik dokumen berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Bagi penyelidik, permohonan perlu disahkan dan melalui pihak  RMC masing-masing.

    • Permohonan boleh dibuat di https://sdb.mosti.gov.my/sdb/login.php

    • Sesi klinik dana diadakan untuk membantu pemohon menyediakan yang permohonan lengkap dan berkualiti

    • Klinik dana akan diadakan berdasarkan permintaan daripada pemohon secara penggiliran dan dilaksanakan secara atas talian kerana tertakluk kepada keadaan semasa di negara kita.

    • Pihak RMC boleh dan digalakkan menjemput MOSTI untuk memberi taklimat ini.

    • Perkongsian sesi taklimat ini adalah memberi tumpuan kepada wakil RMC IPT/IPTS sahaja. Bagi sesi seterusnya, siri jelajah akan diadakan mengikut zon baru mengikut tarikh yang akan ditetapkan dan jemputan akan dipanjangkan kepada penyelidik universiti.