• Bidang Keutamaan
  • Apakah kategori yang sesuai untuk dalam bidang sains sosial yang ditetapkan?
    Antara contoh bidang keutamaan yang sesuai bagi penyelidik dalam bidang sains sosial adalah seperti kewangan,pendidikan,psikologi atau yang bersesuaian dengan 10-10 bidang keutamaan MOSTI.
  • Apakah rujukan daripada ASM,mengenai 10-10 MySTIE?
    Social Economic Drivers, Technology Economic Drivers digunakan untuk merujuk kepada bidang keutamaan. Untuk maklumat lanjut berkenaan bidang keutamaan, pemohon boleh merujuk kepada Garis Panduan (GP) di laman web.
  • Intellectual Properties (IP)
  • Bagaimanakah dengan Intellectual Properties (IP) yang terhasil? Adakah ia akan menjadi hak milik penuh MOSTI atau pemohon?
    Bagi pemilikan Harta Intelek, secara umumnya IP adalah hakmilik Kerajaan, walau bagaimanapun penerima dana boleh memohon untuk mendapatkan IP di mana Kerajaan mempunyai budi bicara sepenuhnya untuk mempertimbangkan permohonan daripada penerima dana.
  • Kelayakan
  • Adakah ketua projek daripada IPTS perlu mempunyai kontrak pekerjaan yang boleh menampung tempoh projek?
    Pemohon boleh merujuk kepada Garis Panduan para 5 di bawah kriteria kelayakan : jika ahli projek daripada IPTA/IPTS masih berstatus kontrak, tempoh perjawatan mestilah sah dalam tempoh perlaksanaan projek yang dipohon.
  • Adakah wajib untuk memohon TeD1 sebelum memohon TeD 2? Bolehkah TeD 2 dipohon terus jika sudah mempunyai fundamental?
    Tidak wajib untuk memohon TeD1 sebelum TeD2.
  • Adakah boleh bekerjasama dengan dua buah syarikat yang berbeza dalam geran yang sama?
    Boleh. Walau bagaimanapun pemohon disarankan untuk mengelakkan sebarang konflik kepentingan antara syarikat tersebut dalam permohonan yang akan dikemukakan.
  • Adakah pemohon Institute of Higher Learning (IHL) boleh melibatkan pihak industri sebagai ahli kolaborasi atau bekerjasama?
    Pemohon Institute of Higher Learning (IHL) adalah dikehendaki bekerjasama dengan pihak industri. Dari segi penglibatan sebagai ahli kolaborasi, perlu mendapatkan kebenaran dari ketua jabatan atau syarikat.
  • Bolehkah pensyarah dari Universiti memohon secara individu untuk geran Applied Innovation Fund (AIF)?
    Pensyarah dari Universiti adalah boleh untuk memohon secara individu untuk  geran Applied Innovation Fund (AIF) dengan kebenaran jabatan masing-masing.
  • Bolehkah penyelidik Institute of Higher Learning (IHL) memohon lebih daripada satu skim Dana R&D?
    Penyelidik Institute of Higher Learning (IHL)  boleh memohon lebih daripada satu skim Dana R&D selagi penyelidik belum mempunyai komitmen dengan projek yang diluluskan.
  • Sekiranya memohon secara individu, adakah perlu melalui penilaian Research Management Centre (RMC)?
    Permohonan secara individu adalah tidak perlu melalui Research Management Centre  (RMC).
  • Adakah penyelidik perlu mempunyai kepakaran yang khusus berkaitan projek yang dipohon?
    Merujuk kepada Garis Panduan (GP) telah menyatakan bahawa pemohon perlu mempunyai kepakaran dalam bidang yang ingin dipohon.
  • Adakah dibenarkan bagi Ketua Projek yang sama untuk memohon projek yang berbeza?
    Pemohon boleh mengemukakan beberapa permohonan yang ingin dimohon. Walau bagaimanapun Ketua Projek hanya dibenarkan mengetuai satu (1) projek sahaja di bawah geran MOSTI ini.
  • Adakah mereka yang dilantik menjadi Panel Pakar Penilai teknikal atau kewangan boleh memohon menjadi Principal Investigator?
    Panel pakar yang dilantik juga layak memohon tetapi tertakluk kelulusan pelantikan oleh MOSTI.
  • Pensyarah yang berstatus perkhidmatan kontrak tahunan adakah boleh memohon TED1 atau TED2?
    Pensyarah berstatus perkhidmatan kontrak boleh memohon geran MOSTI, walau bagaimanapun hendaklah dipastikan kontrak tersebut masih sah semasa permohonan dan sepanjang tempoh projek.
  • Bolehkah melakukan kerjasama antara dua (2) Universiti atau Institute of Higher Learning (IHL)?
    Boleh dipertimbangkan dan memerlukan Letter of Acceptance (LOA) untuk permohonan.
  • Bolehkah sesuatu penyelidikan yang tidak menghasilkan produk untuk memohon geran Dana?
    Permohonan geran dana adalah lebih kepada Fundamental Research yang dibiayai di bawah geran MOSTI.
  • Adakah ahli projek perlu mempunyai pangkat Prof. sebagai ketua projek atau boleh jika ketua projek hanya terdiri daripada pangkat YBrs.Dr. sahaja?
    Permohonan yang dikemukakan kepada MOSTI hendaklah dipastikan permohonan lengkap tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan oleh MOSTI. Dalam hal ini, MOSTI tidak melihat ke atas pangkat bagi seorang pemohon atau ketua projek.
  • Sekiranya pemohon tidak memenuhi kriteria yang ditawarkan dalam geran Dana MOSTI ini, bolehkah pemohon itu untuk terus memohon?
    Kemungkinan besar tidak layak memohon atau kita salurkan kepada dana yang lebih sesuai.
  • Adakah projek di bawah sektor pertahanan tidak dibiayai oleh geran MOSTI?
    Projek sektor pertahanan tidak dibiayai oleh MOSTI.
  • Adakah projek yang mengumpul sampel/sediment sesuai dibiayai di bawah dana MOSTI?
    Berdasarkan Garis Panduan (GP) Dana MOSTI, perlu ada elemen sekurang-kurangnya Applied Research.
  • Bagaimana jika sesebuah syarikat itu bukan dikategorikan di bawah Perusahaan kecil dan sederhana (PKS)?
    Sekiranya sesebuah syarikat tidak memenuhi kategori ditetapkan oleh MOSTI, berkemungkinan permohonan akan  dimajukan kepada agensi yang berkaitan dan bersesuaian.
  • Apakah maksud pensijilan mikro di bawah bidang pendidikan serta pemacu sosioekonomi aspek bagi sijil kepada Perusahaan kecil dan sederhana (PKS)?
    Micro -credentials untuk memudahkan “student -centered” dan kecenderungan atas permintaan untuk pemerolehan kecekapan dan kemahiran yang khusus, diiktiraf dan diiktiraf yang boleh diakses dengan mudah melalui platform yang boleh dipercayai untuk membangunkan bakat sedia industri.
  • Jika masih terdapat projek-projek di bawah pembiayaan MOSTI yang masih aktif, bolehkah penyelidik memohon dana baharu yang diperkenalkan ini untuk kesinambungan atau upscaling?
    Ketua projek hendaklah memastikan projek-projek sedia ada yang masih aktif telah selesai sebelum memohon dana baharu.
  • Adakah syarikat spin-off universiti (dimiliki oleh warga akademik) yang telah dilesenkan teknologi boleh memohon geran dana ini?
    Syarikat spin-off boleh memohon di bawah kategori SME atau start-up yang bersesuaian dengan pemohon.
  • Adakah penyelidik yang akan berpencen dalam masa terdekat atau sudah berpencen boleh memohon dana baharu ini?
    Penyelidik hendaklah memastikan tempoh kontrak atau perkhidmatan masih sah sepanjang pelaksanaan projek.
  • Adakah geran Applied Innovation Fund (AIF) layak untuk individu yang berkerja dengan badan-badan kerajaan, tetapi Individu tersebut memohon cuti belajar?
    Individu yang sedang berkhidmat dengan kerajaan boleh memohon dan hendaklah mengemukakan surat pengesahan daripada majikan untuk semakan Kementerian.
  • Adakah penyelidik yang menjalankan start up di Universiti, boleh memohon dana baharu atas kapasiti seorang pensyarah dan menjadikan syarikat start up tersebut sebagai rakan strategik atau memohon di atas nama syarikat dan menjadikan universiti sebagai rakan strategik?
    Penyelidik boleh memohon sebagai penyelidik di universiti atau sebagai syarikat. Walau bagaimanapun, penyelidik hendaklah memastikan tiada conflict of interest dan bagi mengelakkan perkara sedemikian, penyelidik hendaklah berkolaborasi dengan syarikat lain.
  • Adakah ahli kumpulan yang dicadangkan perlu mempunyai gelaran Prof./Prof Madya/ Doktor (PHD)?
    Tidak semestinya perlu gelaran Prof./Prof Madya/ Doktor (PHD). Panel akan menilai kepakaran ahli projek dan hendaklah dinyatakan dengan jelas kepakaran setiap ahli dalam Curriculum Vitea (CV).
  • Adakah IPTA boleh berkerjasama dengan syarikat besar?
    Tiada had bagi jenis syarikat untuk dijadikan kolaborator atau bekerjasama. Pemohon perlu mengemukakan perjanjian di antara pemohon dan syarikat tersebut.
  • Adakah kolaborator perlu mix-up dengan geran TED 1 atau TED 2 dan perlukah mempunyai Memorandum of understanding (MOU) atau Memorandum of Agreement (MOA)?
    Kollaborator hanya perlu kolaborator dengan salah satu sahaja sama ada dengan geran TED 1 atau TED 2     dan mesti mempunyai MOU atau MOA untuk setiap permohonan.
  • Bolehkah pensyarah bukan warganegara menjadi ahli penyelidik?
    Boleh tetapi perlu pastikan kontrak pensyarah itu masih sah sepanjang projek dilaksanakan
  • Apakah komposisi bagi panel penilai?
    Komposisi panel penilai terdiri daripada panel akademik, industri dan sektor awam.
  • What is PKS, IHL and GRI?
    PKS – Perusahaan Kecil Sederhana IHL  -  Institute of Higher Learning GRI- Government Research Institutes
  • Jika pensyarah berstatus kontrak adakah boleh memohon geran dana MOSTI?
    Pensyarah dalam perkhidmatan kontrak boleh memohon geran MOSTI, walau bagaimanapun hendaklah dipastikan kontrak tersebut masih sah semasa permohonan dan sepanjang tempoh projek itu dijalankan.
  • Adakah boleh bekerjasama lebih daripada satu syarikat jika memohon geran TED2 atau SRF?
    Merujuk kepada Garis Panduan (GP) adalah tidak menghadkan jumlah syarikat untuk berkerjasama atau berkolaborasi. Jumlah berkerjasama atau berkolaborasi mestilah sekurang-kurangnya satu daripada syarikat/organisasi
  • Bolehkah memohon lebih daripada satu geran yang ditawarkan?
    Permohonan boleh dikemukakan lebih dari satu tetapi kelulusan hanya tertakluk kepada satu projek sahaja.
  • Adakah startup company yang memohon geran dana MOSTI digalakkan untuk mempunyai rakan kongsi daripada Universiti. Sekiranya penyelidik Universiti merupakan salah seorang pengarah di dalam startup company yang memohon, adakah ia dibenarkan?
    Sekiranya penyelidik adalah salah seorang daripada board director daripada start up company, kolaborasi yang terlibat disarankan daripada universiti yang berbeza untuk mengelakkan conflict of interest. Permohonan adalah digalakkan untuk mempunyai kolaborasi.
  • Adakah ketua projek daripada IPTS perlu mempunyai kontrak pekerjaan yang boleh menampung tempoh projek?
    Pemohon boleh merujuk kepada Garis Panduan (GP) para 5 di bawah kriteria kelayakan iaitu jika ahli projek daripada IPTA/IPTS masih berstatus kontrak, tempoh perjawatan mestilah sah dalam tempoh perlaksanaan projek yang dipohon.
  • Jika sesebuah syarikat pemula (startup) pernah menerima geran National Technical Information Service (NTIS), adakah boleh memohon geran dana MOSTI ini?
    Bagi kriteria yang ditetapkan yang berbeza adalah boleh dibiayai oleh Dana.
  • Adakah penyelidik daripada syarikat pemula (startup company) yang mempunyai rakan kongsi bersama pihak universiti dan sekiranya penyelidik itu merupakan salah seorang pengarah di syarikat itu boleh memohon geran dana ditawarkan?
    Sekiranya penyelidik adalah salah seorang pengarah syarikat, kolaborasi yang terlibat adalah disarankan daripada universiti yang berbeza untuk mengelakkan sebarang konflik.
  • Permohonan
  • Adakah sesebuah Koperasi berasaskan teknologi boleh dikira setara dengan SME/start-up?
    Definisi SME/Start-up ada dinyatakan di dalam Garis Panduan Dana MOSTI manakala penubuhan koperasi adalah tertakluk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
  • Produk yang direkabentuk secara individu tidak menggunakan geran MOSTI dan untuk membuktikan bahawa apa yang penyelidik perlu buat adalah berbeza dengan bidang kepakaranya?
    Kepakaran dan bidang permohonan projek projek akan dinilai oleh panel pakar. Penilaian projek melihat aspek dari segi teknikal, komersial, pengurusan projek  termasuklah latar belakang penyelidik – kriteria ini dinilai agar ianya relevan dengan permohonan projek.
  • Adakah sesebuah Koperasi berasaskan teknologi boleh dikira setara dengan SME/start-up?
    Definisi SME/Start-up ada dinyatakan di dalam Garis Panduan Dana MOSTI manakala penubuhan koperasi adalah tertakluk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
  • Produk yang direkabentuk secara individu tidak menggunakan geran MOSTI dan untuk membuktikan bahawa apa yang penyelidik perlu buat adalah berbeza dengan bidang kepakaranya?
    Kepakaran dan bidang permohonan projek projek akan dinilai oleh panel pakar. Penilaian projek melihat aspek dari segi teknikal, komersial, pengurusan projek  termasuklah latar belakang penyelidik – kriteria ini dinilai agar ianya relevan dengan permohonan projek.
  • Perlukah mempunyai bukti projek sebelumnya serta pembangunan prototaip yang telah melalui Proof Of Concept (POC) untuk membuat permohonan.
    Bukti bagi projek sebelumnya project yg telah diselesaikan serta pembangunan prototaip yg telah melalui Proof Of Concept (POC) untuk membuat permohonan bergantung kepada jenis dana yang akan dikemukakan.
  • Adakah setiap permohonan perlu dibuat daripada website eDana MOSTI sahaja ?
    Permohonan hendaklah dikemukakan melalui edana MOSTI.
  • Jika terdapat isu etika mengenai manusia atau haiwan, perlukah dimasukkan dalam permohonan? Adakah geran dana hanya akan diberikan setelah etika tersebut mendapat kelulusan?
    Pemohon boleh mengemukakan borang permohonan yang telah dikemukakan kepada pihak berkuasa yang berkaitan sebagai menyokong permohonan pemohon.
  • Adakah permohonan perlu mendapatkan verifikasi RMC?
    Permohonan daripada penyelidik perlu disahkan oleh RMC melalui sistem eDana.
  • Adakah boleh untuk terus memohon geran TED2 tanpa memohon geran TED 1?
    Pemohon boleh memohon geran TeD1 atau TeD2. Permohonan geran TeD1 atau TeD2 adalah berbeza  mengikut kepada  Technology Readiness Level (TRL) projek yang ditetapkan.
  • Adakah perlu mengemukakan Business Model Plan untuk permohonan TED1?
    Business Model plan perlu dikemukakan semasa memohon dana TED1.
  • Adakah mempunyai had bilangan ahli bagi projek untuk TED 1?
    Tiada had ahli projek yang ditetapkan untuk TED1
  • Apakah perbezaan utama antara geran TeD1 dan AIF?
    Perbezaaan utama adalah kategori pemohonan iaitu AIF terbuka kepada Individu, Persatuan/ Koperasi/ dan NGO berdaftar manakala untuk TeD1 adalah kepada PKS, start-up, IPTA/IPTS, GRI dan Agensi kerajaan.
  • Adakah mempunyai pembiayaan geran untuk pembangunan sesuatu aplikasi?
    Pembangunan sesuatu aplikasi juga adalah satu kategori yang dibiayai oleh geran MOSTI.
  • Bolehkah memberi contoh syarikat yang berjaya di bawah pembiayaan geran Dana MOSTI?
    Semua contoh projek yang berjaya boleh didapati melalui laman web eDana
  • Adakah sesebuah syarikat wajib memberi sumbangan dalam pembiayaan dana MOSTI.
    Syarikat dikehendaki memberi pembiayaan bagi projek di bawah TeD2, SRF dan BGF.
  • Adakah masih mempunyai geran yang menggantikan geran ICF?
    Geran ICF tidak lagi ditawarkan untuk tahun 2021. Penyelidik boleh melayari laman web eDana untuk melihat geran yang sesuai dengan cadangan projek.
  • Bilakah tarikh tutup permohonan geran MCCOF?
    Semua geran tiada tarikh tutup. Pemohon boleh mengemukakan permohonan sepanjang tahun.
  • Berapakah bilangan penerima bagi setiap geran MOSTI?
    Pihak MOSTI telah mengunjurkan dan menetapkan target penerima bagi setiap geran. Namun perkara tersebut tidak boleh dihebahkan kepada umum.
  • Apakah status permohonan geran ICF yang telah dihantar tahun lepas? Adakah permohonan tersebut dibatalkan?
    Permohonan geran ICF yang telah dihantar pada tahun lepas masih dalam proses penilaian. Hanya permohonan yang diterima pada tahun lepas sahaja akan diproses.
  • Berapakan had bilangan kolaborator untuk geran TED1?
    Tiada had bilangan kolaborator yang ditetapkan. Namun pemohon hendaklah memastikan kolaborator yang dipilih mempunyai kepakaran dan boleh membantu pelaksanaan projek.
  • Adakah dokumen SSM bagi syarikat pemula (start-up) yang berkerjasama dengan IPTA perlu dikemukakan?
    Jika syarikat pemula dilantik sebagai rakan kerjasama, dokumen SSM tidak diperlukan. Hanya perlukan kemukakan  (Letter Of Intent) LOI sahaja. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk lampiran 3 dalam garis panduan.
  • Boleh jelaskan mengenai surat perjanjian. Adakah surat itu serupa dengan Letter Of Intent (LOI)?
    Surat perjanjian adalah surat yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak untuk melaksanakan projek yang dipohon, Kedua-dua pihak perlu menandatangani surat tersebut.
  • Boleh jelaskan dengan lebih lanjut mengenai 'Letter Of Agreement' (LOA)?
    'Letter Of Agreement' (LOA) adalah merangkumi peranan kedua-dua belah pihak tertakluk kepada syarat yang dipersetujui, tempoh perjanjian dan implikasi kos sekiranya ada.
  • Permohonan yang dibuka sepanjang tahun, adakah dikira sebagai kitaran penilaian ?
    Permohonan yang dibuka sepanjang tahun dan penilaian juga dibuat sepanjang tahun.
  • Berapakah siling bagi setiap Dana?
    Jumlah kuantum maksimum bagi setiap skim dana adalah seperti berikut.   AIF - RM500,000.00 TeD1 - RM1,000,000.00 TeD2 - RM3,000,000.00 BGF - RM4,000,000.00 SRF - RM15,000,000.00   Tertakluk kepada penilaian dan keputusan MOSTI
  • Adakah geran dana ini dalam bentuk pinjaman sepenuhnya?
    Dana MOSTI  ini adalah dalam bentuk geran.
  • Apakah output atau outcome daripada geran untuk industri daripada tahun sebelumnya?
    Output daripada geran adalah merangkumi harta intelek baharu, penghasilan modal insan, penerbitan manakala outcome projek merangkumi peluang pekerjaan, hasil jualan komersial, peningkatan hasil pendapatan & ekonomi.
  • Berapakah jumlah dana yang diperuntukkan bagi setiap geran?
    MOSTI tidak meletakkan jumlah dana diperuntukkan bagi setiap skim geran. Dasar dana ini adalah bagi tempoh 5 tahun dalam RMK-12 iaitu bagi tahun 2021 hingga 2025.
  • Bagi geran SRF, adakah memerlukan geran padanan daripada sebahagian industry atau PKS?
    Bagi skim dana SRF jumlah kuantum pembiayaan adalah adalah sebanyak RM15.0 juta. Sekiranya pemohon daripada PKS atau MNC, geran padanan disediakan. Maklumat lebih lanjut boleh layari laman web eDana.
  • Berapa ramai pemohon yang akan diluluskan untuk geran ini (dalam pemohon kasar)?
    Kelulusan adalah bergantung kepada Penilaian Panel Pakar dan kelulusan itu juga bergantung kepada keputusan Pengurusan Tertinggi MOSTI.
  • Perjanjian
  • Adakah boleh draf utama Dokumen Perjanjian pihak RMC Universiti memohon dahulu bagi memastikan penyelidik atau pemohon tahu implikasi perjanjian bagi ?
    Draf perjanjian akan diberikan setelah permohonan projek diluluskan
  • Proses
  • Berapakah lama proses permohonan Dana MOSTI?
    Proses penilaian permohonan mengambil masa selama 45 hari daripada permohonan lengkap diterima oleh pihak MOSTI
  • Adakah proses penilaian dijalankan secara berjadual seperti sebelum ini.
    Tahun ini dijalankan secara berterusan,Penilaian akan dijalankan sebaik sahaja permohonan lengkap diterima.
  • Bagaimana proses permohonan untuk TeD 1 adakah perlu mohon TeD1 dahulu baru boleh ke TeD 2?
    Permohon bebas untuk memohon TeD1 atau TeD2 tanpa mengikut turutan. Permohonan TeD1 atau TeD2 adalah dibezakan mengikut kepada  Technology Readiness Level  (TRL) projek.
  • Adakah setiap permohonan perlu melalui proses penilaian di peringkat pengajian atau university?
    Setiap permohonan daripada universiti perlu melalui koordinator pengurusan penyelidikan universiti masing-masing.
  • Boleh pihak dana jelaskan mengenai dana pitching?
    Dana yang memerlukan pitching adalah daripada Dana SRF. Sesi pitching diadakan untuk membuat penilaian awal sebelum pemohon mengemukakan permohonan.
  • Adakah geran TED1 meliputi pembangunan proses baharu yang dibuat di lapangan (iaitu eksperimen di lapangan, bukan di Lab.)
    Skop pembiayaan TED 1 adalah termasuk ujian pra-klinikal, ujian klinikal, ujian lapangan, ujian tekanan, ujian penerimaan pengguna seperti tertera di Garis Panduan (GP)  yang boleh dicapai di laman web edana.mosti.gov.my
  • Adakah permohonan perlu melalui fasa penilaian Research Management Centre (RMC) Universiti?
    Permohonan daripada penyelidik adalah perlu disahkan dan melalui RMC masing-masing.
  • Berapakah tempoh masa sesuatu proses permohonan ditetapkan?
    Tempoh masa yang diambil untuk proses adalah selama 45 hari setelah penghantaran dokumen yang lengkap
  • Adakah geran sama pada tahun lepas masih ditawarkan? Pelaksanaan PKP telah melambatkan pelaksanaan projek di bawah MYSI dan menyebabkan penyelidik tidak dapat menyiapkan projek mengikut garis masa ditetapkan dan secara tidak langsung tidak boleh memohon geran baharu.
    Geran yang ICF dan MOSTI R&D tidak akan dibuka bagi permohonan untuk tahun 2021. Penyelidik perlu menyiapkan projek sedia ada sebelum memohon dana baharu kerana permohonan dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup bagi geran baharu ini.
  • Adakah proses penilaian dijalankan secara berjadual seperti sebelum ini?
    Penilaian dana sebelum ini adalah dilakukan secara kitaran. Namun, sesi penilaian untuk geran dana baharu ini akan dibuat secara berterusan sepanjang tahun. Permohonan dibuka sepanjang tahun. Penilaian akan dilaksanakan setelah menerima permohonan lengkap dari dokumen yang diperlukan. Permohonan lengkap merujuk kepada semakan pentadbiran selesai dijalankan.
  • Adakah pihak Research Management Centre (RMC) perlu membuat penilaian dalaman (internal evaluation) untuk permohonan yang akan dihantar oleh penyelidik sebelum dihantar kepada pihak MOSTI?
    Penialaian perlu dibuat terlebih dahulu oleh pihak RMC agar permohonan yang dihantar dapat dikenalpasti oleh pihak RMC.
  • Sistem
  • Bagaimanakah penilaian oleh RMC IHL perlu menggunakan sistem eDana MOSTI atau penilai perlu memuat naik hardcopy permohonan kepada RMC Universiti?
    Pemohon boleh memuat naik dokumen berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Bagi penyelidik, permohonan perlu disahkan dan melalui pihak  RMC masing-masing.
  • Boleh dapatkan pautan untuk permohonan eDana?
    Permohonan boleh dibuat di https://edana.mosti.gov.my
  • Taklimat/Klinik/Konsultansi Dana
  • Adakah sesi klinik ini untuk perbincangan permohonan dan projek sebelum penyerahan?
    Sesi klinik dana diadakan untuk membantu pemohon menyediakan yang permohonan lengkap dan berkualiti
  • Adakah klinik dana akan dibuka setiap minggu dan diadakan secara atas talian atau bersemuka?
    Klinik dana akan diadakan berdasarkan permintaan daripada pemohon secara penggiliran dan dilaksanakan secara atas talian kerana tertakluk kepada keadaan semasa di negara kita.
  • Bolehkah pihak RMC menjemput pihak MOSTI untuk taklimat geran dana?
    Pihak RMC boleh dan digalakkan menjemput MOSTI untuk memberi taklimat ini.
  • Adakah sesi taklimat ini terbuka kepada RMC universiti sahaja atau dibuka kepada para penyelidik juga?
    Perkongsian sesi taklimat ini adalah memberi tumpuan kepada wakil RMC IPT/IPTS sahaja. Bagi sesi seterusnya, siri jelajah akan diadakan mengikut zon baru mengikut tarikh yang akan ditetapkan dan jemputan akan dipanjangkan kepada penyelidik universiti.

  • RISE
  • Apakah yang dimaksudkan dengan Inisiatif Researcher-Industry Scientific Exchange (RISE)?
    Inisiatif RISE adalah satu inisiatif yang dirancang bagi mewujudkan kerjasama antara penyelidik di institusi penyelidikan dengan pihak industri.
  • Bagaimanakah inisiatif ini dilaksanakan dan apakah bentuk kerjasama atau perkongsian diantara industri dengan penyelidik?
    Inisiatif ini dilaksanakan dengan menempatkan penyelidik dari institusi penyelidikan di industri secara sepenuh masa /tidak sepenuh masa/ gabungan kedua-duanya bagi menjalankan projek kerjasama yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Inisiatif ini boleh dilaksanakan menerusi empat (4) pilihan kaedah perkongsian kepakaran iaitu: i.   Penyelidikan; ii.  Konsultasi; iii.  Pemindahan teknologi; dan iv.  Latihan
  • Berapa lamakah penyelidik boleh berada di industri?
    Penyelidik boleh menjalankan projek di industri untuk tempoh satu (1) tahun dan boleh dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi mengikut keperluan projek.
  • Mengapa industri perlu mengambil peluang ini?
    Pihak industri sewajarnya mengambil peluang ini kerana inisiatif RISE bermatlamat untuk membantu industri. Dalam hal ini kos penempatan pakar yang memberikan khidmat kepakaran kepada pihak industri akan ditanggung oleh Kerajaan. Sedangkan pihak industri hanya perlu menanggung kos penyelidikan jika berkaitan sahaja.
  • Apakah manfaat yang akan dperolehi oleh pihak industri menerusi inisiatif ini?
    Industri akan mendapat manfaat dari segi penyelesaian masalah yang dihadapi dalam proses kerja seharian atau bagi menambah baik produk dan perkhidmatan sedia ada dengan menggunakan khidmat kepakaran yang ditawarkan.
  • Siapakah yang layak memohon inisiatif ini?
    Penyertaan inisiatif ini terbuka kepada semua perniagaan, organisasi awam dan swasta serta persatuan yang berdaftar di Malaysia.
  • Bagaimanakah caranya industri hendak mengambil peluang untuk menyertai inisiatif ini?
    Untuk mengambil bahagian, pihak pemohon tidak perlu mengisi apa-apa borang khusus secara manual, memadai dengan mengisi maklumat yang diperlukan di rise.mosti.gov.my. Pemohon amat digalakkan untuk membuat permohonan secara dalam talian bagi memudahkan penyelarasan dan pemantauan oleh pihak Kerajaan.
  • Apakah maklumat yang perlu dikemukakan dalam permohonan?
    Semasa membuat permohonan, pemohon perlu mengisi maklumat berkaitan organisasi, permasalahan yang dihadapi dan tempoh kerjasama tersebut dijangka akan berlangsung. Di samping itu, perlu juga perlu mengemukakan sijil pendaftaran organisasi.
  • Berapa lamakah masa yang diambil untuk keputusan permohonan diketahui?
    Sekiranya permohonan yang dikemukakan lengkap, pihak Kementerian akan memaklumkan keputusan permohonan tersebut dalam tempoh 30 hari bekerja.
  • Adakah syarikat akan didenda sekiranya syarikat menarik balik permohonan yang telah berjaya?
    Pemohon dinasihatkan untuk membuat persediaan sewajarnya sebelum membuat permohonan bagi mengelakkan kegagalan  meneruskan projek yang dirancang. Walaupun begitu, tiada denda atau penalti yang akan dikenakan ke atas pemohon yang berjaya.
  • Adakah syarikat dibenarkan untuk memohon kemudahan lain yang ditawarkan oleh Kerajaan sekiranya syarikat berjaya dalam permohonan ini?
    Syarikat yang berjaya memohon perkhidmatan kepakaran dari Kerajaan melalui inisiatif RISE ini tidak terhalang untuk memohon mana-mana kemudahan Kerajaan yang lain bagi menjayakan projek yang sama.
  • Bagaimana saya hendak memohon mendapatkan khidmat kepakaran yang tidak tersenarai dalam sistem RISE?
    Sekiranya kepakaran yang pemohon perlukan tidak terdapat dalam senarai sedia ada, pemohon boleh mengisi ruang jabatan/ agensi pemberi khidmat dengan nama "Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi". Dengan cara ini, urus setia RISE akan menyemak permohonan tersebut seterusnya mendapatkan jabatan/agensi yang mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan permasalahan dinyatakan.
  • Apakah manfaat yang diperolehi di pihak Kerajaan menerusi pelaksanaan inisiatif ini?
    Melalui inisiatif ini, Kerajaan dapat: i.   Meningkatkan tahap pengaplikasian sains dan teknologi (S&T) di kalangan industri; ii.  Meningkatkan penyelidikan berorientasikan keperluan industri (demand driven); dan iii. Menjana kekayaan melalui aplikasi S&T.
  • Adakah inisiatif ini masih diteruskan untuk tahun 2022?
    Ya, sepertimana dimaklumi bahawa Kerajaan akan terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan ini termasuk inisiatif RISE yang disasarkan untuk membantu industri dalam meningkatkan kebolehupayaan pasaran dan meningkatkan ekonomi menerusi pengaplikasian STI.
  • Bolehkah individu persendirian yang tidak mempunyai syarikat berdaftar sendiri seperti petani dan pengusaha desa mengambil bahagian dalam inisiatif ini?
    Buat masa ini permohonan bagi mendapatkan khidmat kepakaran RISE hanya dibuka kepada semua perniagaan, organisasi awam dan swasta serta persatuan yang berdaftar di Malaysia sahaja.
  • Adakah industri boleh memohon pakar di agensi yang tertentu yang dikenalpasti sendiri untuk kerjasama RISE?
    Pemohon yang telah mengenalpasti pakar yang bersesuaian dengan permasalahan yang dihadapi, boleh terus menyatakannya dalam borang permohonan bagi mendapatkan perkhidmatan kepakaran. Walaupun begitu, pihak penyedia khidmat kepakaran berkenaan berhak untuk menerima atau menolak permohonan tertakluk kepada ketersediaan pakar.
  • Bagaimanakah agensi yang tidak tersenarai dalam sistem RISE boleh mendaftar untuk disenaraikan?
    Agensi yang ingin mengambil bahagian dengan menyediakan khidmat kepakaran secara percuma kepada pihak industri sangat dialu-alukan untuk menghubungi urus setia di helpdesk-rise@mosti.gov.my supaya tindakan selanjutnya boleh diambil.
  • Empty section. Edit page to add content here.
    Empty section. Edit page to add content here.